Sudah jelas lagi nyata taktik kotor yang dimainkan Pak Lah untuk menutup kelemahan pentadbirannya sekarang ini. diam-diam ubi berisi adalah peribahasa yang amat sesuai untuk Pak Lah. Memang Pak Lah seoarang anak murid yang bagus, mengaplikasikan apa yang dilakukan oleh ckgunya-Tun suatu ketika dahulu.
Pernah suatu ketika dahulu, saya menonton sebuah cerita mengenai seorang pengarah filem yang dilantik sebagai ketua propaganda presiden U.S. Tugasnya adalah untuk mencipta propaganda-propaganda yang dapat menaikkan nama dan menutup kelemahan pentadibiran presiden tersebut. Dibawahnya terdapat satu divisyen propaganda yang terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang-saintis, pakar komputer, musician n etc.
Memang hebat! Banyak propaganda yang dibuat yang kadang kala kalau difikirkan oleh akal kita amatlah tidak masuk akal! Tapi, semua propaganda yang diciptanya berjaya menaikkan populariti presiden itu. serangan pihak pembangkang sedikit pun tidak memberi kesan. Penipuan, cerita rekaan, komplot dan sebagainya mewarnai cerita tersebut.
Dipendekkan cerita, si pengarah filem ini akhirnya meluahkan isi hatinya kepada orang kuat presiden akan ketidakpuas hatiannya. Dia amat ingin segala hasil kreativitinya diketahui umum yang dialah pengarah ataupun mastermind di sebalik semua itu. Akhirnya dia dibunuh dan ditanam sebagai wira negara...
moral of da story: perkara ni benar2 berlaku di kebanyakan negara di dunia ni n Malaysia is one of them. So, jgn mudah tertipu!
Sejarah Kelam Negara Kamboja
6 years ago
No comments:
Post a Comment