Coretan insan yang bernama 'Hawa'...
Seringkali kita mendengar bicara-bicara yang mengatakan golongan wanita lemah dan menyusahkan. Dalam perbincangan dengan beberapa pemimpin negara baru-baru ini juga dibangkitkan isu “di mana muslimat yang dahulunya hebat di kampus??”? Saya rasa tertampar bila mendengarkan komen dan persepsi pihak-pihak yang mula memandang muslimat dari sudut yang begitu tidak sihat gerak kerjanya setelah keluar dari alam kampus, lebih-lebih lagi apabila telah berkeluarga. Satu cabaran buat saya untuk memastikan diri saya dan juga sahabat-sahabat seperjuangan agar terus thabat dan istiqamah dalam gerak kerja amal Islami ini!
Antara sedar atau kabur, sebenarnya kami adalah watak di sebalik tabir mempunyai jasa yang amat besar dalam setiap perjalanan ketamadunan manusia. Kehebatan golongan Hawa tidak perlu disangkal lagi. Sememangnya kami diciptakan dengan kehebatan dan membawa kehebatan ini untuk dikongsikan bersama dengan golongan lain.
Ana sgt tertarik dengan tulisan YB Zailah ketika membentangkan kertas kerja mengenai “peranan dan cabaran wanita”. Wanita memainkan peranan yang penting dalam melalui liku-liku sepanjang kehidupan. Percaya atau tidak wanita merupakan pemangkin atau catalyzed kepada setiap perubahan yang berlaku kepada negara. Menelusuri sejarah peradaban Islam, tidak dapat tidak kita akan lihat betapa besarnya peranan Siti Khadijah, Aishah, Ummu Salamah, Asmah Bin Abu Bakr dalam membangunkan kegemilangan Islam dari pelbagai aspek. Hal ini kerana tugas utama kita adalah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Selari dengan tugas kita di muka bumi ini sebagai khalifah di dunia, maka wanita tidak bisa lari dari tanggungjawab sebagai pendakwah. Hal ini kerana kini peratusan bilangan wanita di dunia semakin bertambah. Selain itu, menurut Abd Karim Zaidan, masyarakat kini semakin sakit dan parah. Jadi wanitalah yang bertanggungjawab memainkan peranan ini untuk sama-sama mengislah dan mengembalikan keizzahan wanita muslim.
Islam tertegak dengan adanya amar ma’aruf dan nahi mungkar. Oleh yang demikian, segala pakej yang ada pada wanita perlu diguna sebaik mungkin. Sekiranya digunakan nikmat tersebut sebaiknya mengikut syariat Islam seterusnya ia akan menjadi penyelamat kepada ummah itu sendiri. Tambahan pula, wanita adalah golongan yang paling dekat dengan anak-anak maka konsep “anak kita anak kita, anak orang adalah anak kita” dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan amar ma’aruf nahi mungkar.
Disinilah peri pentingnya tarbiah islamiah kerana menurut ahli falsafah Perancis, Yules Simon. Beliau mengatakan bahawa sesungguhnya pendidikan Islam dapat mengubah akal kepada akal yang lain dan hati kepada hati yang lain.
Hebat kan golongan wanita ni! Saya sangat berbangga dilahirkan sebagai seorang wanita yang mempunyai perasaan seperti emak dan kakak-kakak saya. Melihatkan kesungguhan mereka membuatkan saya bertambah semangat yakin meneruskan perjuangan. Emak saya adalah insan yang sangat banyak membakar semangat saya! Di kala insan lain membahaskan tentang kedegilan saya,tapi emak saya tetap katakan saya anak yang baik.
Dua tahun lepas, gerakan muslimat kampus saya diprovokasi oleh muslimin dengan mengatakan kelembapan muslimat dalam mendepani isu dan cabaran-cabaran, sehingga lahirlah misi “kebangkitan muslimat”. Tapi pada hari ini, siapa berani kata kami lemah? Kami tahu tugas kami! Kami tahu peranan kami! Kami tahu siapa kami!
Ingat muslimat-muslimat dan wanita-wanita, sentiasa perbaiki diri. Jangan rasa lemah dan rendah diri. keintelektualan kita sangat diperlukan untuk membangunkan masyarakat!
Tanamkan elemen MP3 dalam diri kita.
M=Multimedia
P=Public Speaking
P=Penulisan
P=Peka Isu
Wanita bisa merubah politik negara! Wanita bisa merubah nasib anak bangsa! Wanita memang TERBAIK!!!
Sejarah Kelam Negara Kamboja
6 years ago
No comments:
Post a Comment