Sunday, September 7, 2008

puasa...

"Puasa mengajar kita erti kesabaran.." teringat saya akan iklan yang dimainkan di kaca televisyen suatu ketika dahulu. Ya, puasa banyak mengajar kita erti kesabaran. Di ketika mana badan menahan lapar dan dahaga, ketika inilah benteng emosi amat rapuh sekali. Masalah kecil selalu diperbesarkan, yang besar pula ditokok tambah agar menjadi lebih parah.

Sabar bukan sahaja bermain dengan perasaan, bahkan dalam pelbagai situasi:

Sabar ketika berbuka-"Waduh2,banyanya lauk!..Ish,control2...nafsu"

Sabar ketika beribadah-"Fuh..sabar2,skit je lagi nak abis 20rakaat! Malaysia boleh, Aku boleh!"

Sabar ketika di bazar?!-"Ayam madu?murtabak?roti jala?yong tau fu?karipap?nasi tomato?...Gulp! Sabar2!"

saya tau,saudara/i sendiri masing2 boleh datangkan 1001 macam lagi contoh-contoh mengenai situasi sabar tapi berapa ramai yang dapat mempraktikkan sifat yang mulia ini? Marilah kita sama2 amalkan yea...Sabda Nabi "Sabar itu separuh daripada iman.."

Politik pulak semakin hangat...PKR dengan tarikh keramatnya-16 September, BN dengan kelam kabut macam lipas kudung-sibuk uruskan negara, elokkan imej, jatuhkan imej PR dan yang lain-lain pun sibuk. Setakat ni, rasa malas nak mengulas isu-isu semasa. Hanya dibiarkan isu-isu tersebut dicerna dalam minda sahaja.

Arakian...teramatlah seronok di bulan puasa ni, dapat bertarawih, bertadarus, qiam dan buat bermacam2 lagi amalan sunat. Hati ini amat2 gembira. Kekadang masa nak membeli tu teringat kat kawan2 kat bilik, beli lebih sikit buat diorang merasa. Bukak puasa pulak ramai2...memang meriah!

Sememangnya bulan Ramadhan memang tiada tandingnya berbanding bulan-bulan yang lain. Ditambah dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan yakni Lailatul Qadr, Ramadhan menjadi bulan yang teramat istimewa. Ayuh! Rebutlah peluang untuk beramal sebanyak mungkin kerana Ramadhan ini mungkin yang terakhir buat kita! (^_^)

No comments: